Renungan Jauh Di Rantau: Agama, Bangsa, Dan Budaya Ku

$17.90
by M. Bakri Musa

Shop Now
Pentadbiran Madani Anwar Ibrahim yang berkuasa sejak Pilihan Raya Umum November 2022 menghadapi tiga ranjau terbesar. Pertama dan paling ketara ialah rasuah yang kini berakar mendalaman dan berleluasa. Ini diikuti dengan sikap degil dan terencat para-Islamis dan nasionalis bahasa yang semakin lantang. Keduanya menyumbang kepada masalah ketiga. Yakni, kegagalan perbadanan dan institusi kerajaan terutama sekali yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Kumpulan 61 rencana dan enam wawancara talian dalam buku ini merupakan cetusan fikiran dan pemerhatian seorang yang bermaustatin ribuan batu di rantau tetapi dengan hati yang tetap masih di tanah lahirnya. Jarakkan jauh serta suasana yang berlainan memberikan penulis satu pandangan yang segar serta berbeza daripada apa yang sering di ungkapkan dan di bincangkan di tanah air. Buku ini juga merupakan kemas kini dan pelengkap kepada buku penulis sebelum, Merdeka Minda Melayu (2013). Kumpulan rencana terbesar ialah “Kecewaan Dan Kehampaan Pemimpin Melayu” (22 makalah); “Agama Ku, Pencerahan Ku,” (15); diikuti dengan “Budaya Ku” (13); “Cabaran Pendidikan” (7); dan akhirnya “Petualang Bangsa” (4). Temubual yang paling akhir ialah dengan MINDA-UKM, “Masa Depan Pendidikan Malaysia” (Jun 2025); “Cabaran Teknoloji Digital” (Jan 2021); “Perlukah Univerisiti Kita Di Ubah?” (Okt 2021); “Malaysia Pesakit Asia Tenggara” (Mar 2021); dan “Masa Depan Masyarakat Melayu.” (2013). Pandangan Bakri Musa tidak terhindar dengan keangkuhan serta bahang dan suasana politik tempatan. Fikirannya bernas dan begitu juga dengan cadangannya untuk membatasi beberapa cabaran semasa negara. Pemimpin negara harus memberatkan dan memberi perhatian atas beberapa pandangan dan idea yang dikemukakan di dalam buku ini.

Customer Reviews

No ratings. Be the first to rate

 customer ratings


How are ratings calculated?
To calculate the overall star rating and percentage breakdown by star, we don’t use a simple average. Instead, our system considers things like how recent a review is and if the reviewer bought the item on Amazon. It also analyzes reviews to verify trustworthiness.

Review This Product

Share your thoughts with other customers